tarikh 7/9/2010 ialah tarikh rasmi ikut kad beranak...takda yg istimewa bulan september ni...kata lagu greenday "wake me up when september ends' heheheh...lagu ni dedikasi unt ayah pencipta lagu ni sbb ayah dia meninggal bulan 9...dia takmo hadapi bulan 9 jd dia nak hibernasikan diri cam tupai..dia soh org plak bangunkan dia pas bulan 9...huhuuuuu....penuh ngan metafora,hiperbola dan segala2 perumpaan yg melampau2...huhuu..poyo!!!aku takmo tido bulan ni cam pencipta lagu ni..sbb bulan ni aku beranak..:>,,,tiada yg spesel...
tp yg spesel..sgt spesel bukan bulan 9..tp bulan Ramadhan anakandaku yg dikasihi dilahirkan..jd aku akan ikut bulan Islam tarikh sebenar kelahiran anakku itu...bulan Ramadhan bulan keberkatan yg sentiasa akan ku ingati sepanjang hayatku...bulan pemberiku dugaan yg sangat hebat dan aku mampu mengadapi dugaan yg hebat itu dgn semangat yg aku taktau dpt dr mana yg tersangat luar biasa...
bila aku bukak balik segala video2 dan pic anakandaku waktu dia di hospital g dgn segala urat wayar berselirat kat bdn dia aku jd kecut..takut....akukah yg tangkap dan rakam segala video tu??...akukah yg sabar menemani tepi peti kecik itu.???..akukah yg setiap ari mendengar dan baca laporan perubatan anakku yg kdg2 sangat menakutkan itu???...akukah yg melihat anakku setiap pg setia mendengar suara kecilnya menangis meraung sewaktu darahnya diambik???...akukah yg setia menemani dia sewaktu tangannya yg kecik menerima sepeket darah segar sebanyak 4 kali.????..akukah yg lihat tangan dia membengkak kesan suntikan segala macam ubat.???.akukah yang terkesima berlari menyerahkan dia pd doktor pd waktu pagi yg aku takmau ingat sampai bila2 bila selesai ku suapkan ubat dia terkulai tak bernafas...dia apnea lagi.......aduhai akukah itu.????...akukah yg tabah itu...akukah????ya Allah......andainya sekarang ni aku diduga sebegitu mampukah aku menjadi sekuat,setabah itu lagi......akan adakah lagi semangat luar biasa itu???......benarlah kata org tua2..kasih ibu membawa ke shurga....mmg kerana kasih la aku mampu memiliki semangat dan ketabahan luar biasa itu...kerana dugaan ditimpa terlalu berat mmg Allah akan kurniakan segala kekuatan itu sebagai perisai,sebagai benteng supaya aku seorang insan biasa dan sangat tak sempurna ni mampu berpaut,berdiri dan tabah di sisi dia...
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRANMU ANAKKU...7/9/2010...KAMU SEMANGAT UMMI!!
No comments:
Post a Comment