HADIAH ..

HADIAH ..
INI HADIAH DARI ALLAH...PENUH KEBERKATAN

Wednesday, October 3, 2012

DUnia PENuh WAYAR....

kamu di dlm cahaya biru dlm inkubator hampir sebulan lebih lamanya kerana komplikasi kuning yg sangat tinggi...kamu yg sabar,kamu yg indah,kamu yg derita,kamu yg tabah,kamu yg segala2nya...tiada perkataan sebenarnya untuk menggambarkan kecekalan kamu..hanya pada Allah jua ummi bergantung harap segala2nya.. irama muzik mesin bergema di udara...terawang2 di bawa angin..menjadi alunan indah kepada seorang ummi dan mungkin kepada ummi2 lain di dlm bilik wad yg membeku...dingin...sudut malap cahaya biru dan gelap di mana berpuluh2 inkubator yang dihiasi dengan nama bayi2 yg sangat istimewa di cermin itu..hiruk pikuk jururawat berbaju biru, ahli terapi dan sudah tentu doktor pakar kanak2 bergerak bagaikan peluru ke katil bayi2..ke inkubator bayi2 yg perlukan mesin hayat 24jam..laju kerana hambatan waktu..waktu yg genting kepada bayi2 istimewa itu..menjadikan suasana di wad ini sangat sibuk...bayi yg kulit kering,berkilat..hanya kulit membalut tulang dihiasi lagi dengan wayar2 berselirat..ummi di situ untuk melihat dan meraikan kehidupan yg baru setiap anak2 yg bertandang di sini..ia adalah sebuah tempat yg sangat gembira..sangat berinspirasi dan adakala boleh menjadi satu tempat yg banyak ibu2 menitiskan air mata..selamat datang ke tempat di mana jiwa tidak pernah ditutup,di buka 24 jam dimana anak2 dan para ibu bergantung kepada sebuah keajaiban..dan keajaiban itu semuanya adalah kehandak Allah jua..tempat ini adalah rumah pertama anakku,rumah pertama kamu khazeem najmi di wad neonatal care intensive unit (NICU)..semuanya adalah kenangan kamu..kenangan kamu,ummi dan abah..yg akan sentiasa ummi ceritakan kpd kamu sampai bila2..insyaAllah..




3 comments:

  1. Comel dah khazem skrg.. Dah besar dah. Mesti khazem tak percaya dia dulu kecil je..

    ReplyDelete
  2. menitis air mata sya tgk pic khazem ini...teringat ngan arwah anak sya dlu..moga khazem trus membesar menjadi anak yg soleh..
    (sebenarnya sya pun baru bejinak2 ngan dunia blog ni..law sudi jenguk2 lah blog saya http://diarywarna-warnikehidupanq.blogspot.com).

    ReplyDelete
  3. tq mama munif...saya akan jengah blog awak.

    ReplyDelete