alhamdulillah....Kau benar menjawab segala doaku selama ini..aku sangka tidak akan dikurniakan dgn anugerah terindah ini tp Dia benar mengasihi setiap hambaNya...
perasaan tertekan dgn pertanyaan demi pertanyaan saudara dan teman telah pun hilang..ghaib entah ke mana...dulu hanya Dia yg tahu perasaanku..diasak pertanyaan demi pertanyaan sehinggakan berasa mereka2 yg bertanya tidak fahamkah erti rezeki dan kekuasaanNya..apabila seseorang wanita itu tidak melahirkan zuriat pelbagai pertanyaan dan lontaran kata2 menyakitkan yg dilemparkan..kata2 seperti sungai yg mengalir tanpa henti...mereka ini tidak berpegangkah pada erti bahawa segala itu di tanganNya...???
wanita atau siapa patut dipersalahkan??bagi aku,usahalah dengan doa jgn putus...doa itu senjata org mukmin..andai belum lg diberi rezeki,anggaplah itu belum sampai masanya,mungkin doa dan usaha belum cukup sepenuhnya..dan kepada mereka yg bijak menuduh wanita seperti ini itu dan ini,fikir dan jaga diri sendiri...Tuhan itu Maha Mengetahui..Dia akan membalas kalau tidak kpd anda mungkin kepada keturunan anda apa yg anda bicarakan sesuatu yg salah tentang wanita yg lambat menerima cahaya mata....fikirkan dan muhasabah diri..jgn pandai menekan org lain dgn pertanyaan yg menyakitkan terima kasih Rabbi atas kurniaan ini..aku sentiasa bersujud syukur padaMu...